Kata Hamka.

Kata Hamka :
□ Jika Subuhnya senantiasa
dipelihara….
Itu tanda akan Selamat
dari neraka.
□ Jika Subuhnya tiada dia
tinggal…..
Allah melindunginya dari
segala arah.
□ Jika Subuhnya didahului
dengan Sunat….
Pasti seluruh dunia beserta
isinya, dia dapat.
□ Jika Subuhnya bergelap-gelap
menuju Musholla…..
Di kegelapan akhirat ia
dapatkan cahaya.
□ Jika Subuh hingga awal Dhuha
(Isyroq) berwirid pula……
Mendapat pahala
Umrah dan Haji sempurna.
□ Jika Subuhnya tiada dijaga.
Maka pada wajahnya tiada
cahaya.
□ Jika Subuhnya sengaja
terlupa…..
Tanda Imannya tiada
bernyawa….
□ Jika Subuhnya terasa
berat…..
Tanda munafiq sudah
mendekat….
□ Jika Subuh tiada peduli….
Tanda Iman menghampiri
mati….
□ Jika Subuhnya tiada
berjama’ah….
Tanda hidupnya akan hilang
barokah.
□ Jika Subuhnya tiada
ke Masjid…..
Tanda imannya ada penyakit.
□ Jika Subuhnya selalu
terlewat….
Tanda imannya semakin
cacat….
□ Jika Subuhnya diakhir
waktu…..
Tanda iman semakin
kelabu….
□ Jika Subuhnya hari sudah
siang…..
Tanda rezekinya sudah hilang…
□ Jika di waktu subuh masih
mendengkur…..
Tanda syaitan memeluknya
dalam tidur.

– والله اعلم –

Tidak perlu disebarkan jika anda tidak perlu pahala dan kecintaan Allah Ta’ala….

Hadis

🔘 *HADIS* 🔘

سَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Hadis Rasullullah SAW

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

Riwayat: Tirmizi

Dari Ali r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: 1.Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran.
2.Percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang.
3.Percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati.
4.Percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’.

1. Umur manusia amat singkat
2. Mereka akan meninggalkan dunia dan berpindah ke alam barzakh
3. Sebab itu, kita perlu seimbangkan antara kerja-kerja dunia dan akhirat agar kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beruntung

Tazkirah

JANGAN KESENANGAN DAN KEMEWAHAN DUNIA MELALAIKAN KITA KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT

ذَرۡهُمۡ يَأۡڪُلُواْ وَيَتَمَتَّعُواْ وَيُلۡهِهِمُ ٱلۡأَمَلُ‌ ۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).

Surah Al-Hijr ayat 3

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Nak makan apa.?

Kalam Musafir

NANTI KALAU BELAJAR AGAMA NAK MAKAN APA?

Nanti bila tiba musim orang kita hantar anak ke tingkatan 1. So, time ni saya selalu terima beberapa soalan cepumas spt :

‘Ustaz, mana sekolah tahfiz yang bagus?’

Tapi antara banyak-banyak soalan, ada satu yg saya perlu share jawapannya. Beberapa minggu lepas rasanya, seseorang call dan bertanya soalan ini :

‘Ustaz, saya nak daftarkan anak saya ke maahad tahfiz xxx, tapi risau juga…’

‘Apa risaunya?’

‘Saya risaukan masa depannya. Apa pandangan ustaz tentang prospek pelajar tahfiz ni?

Fuh, terus bersemangat nak jawab!.

‘Tuan haji, soalan ni pernah ditanya kepada arwah ayah saya 40 tahun lepas oleh kawan-kawan ayah saya. “Apa anak hang nak bagi makan anak-bini nanti bila dihantar ke sekolah agama?

Masa tu sekolah agama dianggap takda masa depan. Orang takut nak hantar anak menghafal Quran. Takut bila besar nanti, asyik duduk masjid tak mampu sara anak-bini. Takut anak-bini makan ‘pasir’. Thats why ketika itu, mana anak yang cerdik semua dihantar ke boarding school. Mana anak yang dah ‘tak menjadi’, baru dimasukkan ke sekolah agama dan pondok….

Jawapan saya mudah sahaja – Menuntut ilmu itu wajib bukan niat untuk mendapat rezeki yang mewah. Rezeki itu kerja Allah…..

MORAL OF THE STORY

Saya dah biasa dengar perkara ini. Tak yakin hantar anak belajar agama kerana takut nanti hidupnya susah. Dulu, itulah yang dimomokkan kepada kami.

Pelajar sekolah agama mundur, kelengkapan sekolah tak cukup, tak tahu sains, english tak fasih bla-bla-bla. Sebab tu bila exam penilaian dulu ketika saya score full 9A, ramai rakan-rakan bapa tak percaya. (maaf, ini bukan nak show off atau apa-apa. Ia sekadar contoh je)

Mereka tak percaya, bagaimana budak yang belajar sekolah agama ceruk kampung boleh setaraf pencapaiannya dengan pelajar sekolah boarding school yang kelengkapan makmal sainsnya lengkap!

Tapi, mereka lupa yg belajar ni, petuanya adalah kesungguhan dan doa. Yang lain tu in sha Allah ditanggung beres.

Ketika di Mesir dulu pun begitu. Dalam ramai-ramai pelajar yg menuntut di Azhar, pelajar Shoubro ynag paling dianggap corot. ‘Mereka ni hafal Quran dan tahu tajwid Qiraat je, yang lain tak tahu. Sijil depa pun low class, susah nak dapat kerja’.

Ye lah tu. Sekarang, graduan shoubra paling senang dapat kerja. Tak percaya, tengok masjid besar seluruh negara, mesti ada imamnya bekas shoubrowi.

Pointnya adalah, rezeki ni dari Tuhan. Yang berinya Tuhan, bukannya boss. Dan ia kurang sangkut-paut dgn kelulusan sangat. Tak percaya cuba tengok graduan kita sekarang. Ramai yg masih terkial cari kerja sedangkan kelulusannya dahsyat – Bisnes, admin, syariah, malah guru dan doktor pun tak terkecuali.

Dah mula kena tempias susah dapat kerja.

So, kembali kepada soalan, mengapa hantar anak sekolah agama?

Jawapannya adalah, niatkan bukan setakat nak anak kita jadi baik atau punya ilmu agama, tapi niatkan agar ia jadi pejuang dan penyambung tugas Rasul, mempertahankan, menyebar dan memandu ummah ke arah Tuhan.

Dahulu ketika Maryam disahkan mengandung, itulah niatnya. ‘Ya Allah, jadikan apa dlm perutku ini ‘muharrar’ – pembebas, penegak agama.

Mak-ayah yang hantar anak sekolah agama perlu ada visi sama : niatkan anak agar jadi the next ulama-amilin, bukan sekadar ustaz biasa-biasa. Jangan risau tentang soal rezeki sebab Rasul dah jamin, siapa yang jaga ‘Tuhan’ (agama), maka Tuhan akan jaga dia.

Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. (hadis riwayat Tirmizi)

Saya ni ustaz ‘biasa’ je. Agama pun takdelah tahu mendalam sangat. Hanya perunding motivasi Islam, bela lembu kambing dan mengajar ilmu tajwid serba sedikit, ilmu yang sesetengah orang anggap senang, basic dan simple.

Tapi saya faham sangat maksud ‘Tuhan jaga kita’.

Saya ni baru jaga benda kecil, Tuhan dah jaga dan kurnia rezeki besar-besar. For sure kalau anak kita benar-benar pejuangkan agama, Tuhan akan kurniakan perkara lebih luarbiasa.

Asasnya, kena percaya. Sebab Rasul tak pernah menipu apabila berkata. Tuhan tak pernah mungkir apabila berjanji.

Yang menipunya adalah kita, menipu diri sendiri kerana tidak percaya kata Tuhan, padahal Tuhan yang sama kita sembah setiap hari 5 kali. Tuhan yang sama kita kata ‘warzuqni warfakni’ ketika solat. Tuhan yang sama kita janji ‘wamahyaya wamamati lillahi robbil alamin’. – hidup mati kami semua bawah penjagaanMu.

Tuhan yang sama yang mampu bagi makan kepada jutaan makhluknya setiap hari non-stop. Kita nak bagi 6-7 ‘mulut’ (keluarga) makan pun dah pening kan?

Sebab apa kita pening?

Sebab kita ‘nak masuk campur’ kerja Tuhan, fikir rezeki ni puncanya dari kita.

Kalla. Bukan, bukan.
Kita hanya berusaha, Tuhan yang tentukan segalanya.

Sekian, pelajaran akidah. Moga bermanfaat kepada mereka yang sedang mencari keyakinan.

Kepada anak anda yang masuk pre-school, tadika, sekolah rendah, boarding school, MRSM, pondok, maahad tahfiz, SBP dll, selamat belajar.

Selamat belajar ilmu Allah (sains, matematik, hafazan, b.arab, biologi dll) atas niat kerana Allah, lillahi Ta’ala.

In sha Allah, lurus dan mudahlah kehidupan anak anda.

Jin tak takut.

JIN TAK TAKUT RUQYAH..

Seorang pemancing tegar berkeadaan pelik setelah pulang ke rumahnya menyebabkan isterinya memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaan suaminya. Ustaz menyatakan suaminya telah dirasuk jin. Terdapat 10 ekor jin dalam tubuh suaminya. Ustaz pun memulakan pengubatan dengan membaca ayat-ayat Ruqyah. Tercirit-cirit 9 ekor jin tu melarikan diri apabila terdengar ayat-ayat Ruqyah. Kecuali seekor yang masih bertahan. Ustaz meneruskan bacaan ayat-ayat Ruqyah & ayat-ayat suci Al-Quran yang lain. Namun jin tersebut masih tak mahu keluar. 3 jam berlalu, sudah basah kuyup baju ustaz tersebut kerana berpeluh melawan jin yang seekor ni. Handal betul jin seekor ni. Ustaz tersebut sudah hampir putus asa. Tiba-tiba, 9 ekor jin yang lari awal-awal tadi, kembali. Ustaz tersebut makin panik. Tapi, beliau cuba mengawal perasaannya. Lalu, ustaz bertanya pada 9 ekor jin tadi,…

Kenapa kamu semua kembali?”

Jawab salah seekor jin tadi dengan terketar-ketar..

“Maaf ustaz….kami datang semula kerana nak jemput kawan kami yang tertinggal ni……dia PEKAK.

….khusyuk membaca.. 😂😂😂 jgn khusuk sangat nanti jin tu pindah kat korang Baru tahu 😜😜😜😜😜😜😜